::Pembaca::

Sabtu, 15 Disember 2012

Kembali dengan nafas baru.

"Buah cempedak diluar pagar, ambik galah tolong jolokkan.
saya budak bari belajar, kalau salah tolong tunjukkan"

Assalamualaikum.
Alhamdulillah, lahirku dikalangan keluarga yang besar. Kehidupanku biasa-biasa sahaja. Setiap perjalanan hidup, suka dan duka kusimpan didalam lipatan sejarah. Pahit manis ajari diri akan senang sentiasa "keep moving". Sekarang saya mencuba mewarnai hidup ini dengan menulis didalam blog. Sebenarnya sudah buat more than 10 catatan tapi rasa mahu beri nafas baru. 

Ya, terkadang-kadang kita mahu senang sentiasa bersama dengan apa yang kita minat, akan tetapi kehidupan kita membuatkan kita terikat tanpa mengira masa. Itu salah satu reason why kenapa blog dahulu agak terbengkalai begitu sahaja. So, apabila kembali ke alam berblog ni, diharap ada yang dapat membantu diri ini menjadi yang lebih baik dari sebelum ini.

Berbalik kepada pepatah diatas, entahlah kenapa tiba-tiba quote ini menjelma difikiran. Mungkin kerana mengingati diri sendiri bahawa empunya jasad ini bukan sempurna. Setiap perlakuan, perkataan dan perbuatan selama ini semakin hari semakin membuat diri tertanya-tanya. Apa yang diri ini inginkan? Tertanya-tanya sendiri terkadang tiada erti. InsyaAllah dengan adanya sahabat handai sekeliling hidup ini bisa membuat hati ini mengerti apa yang diinginkan dan apa yang mahukan dari hidup didunia yang sementara ini. 

Ya, umurku sudah mencecah 21 tahun. Belajar sudah tinggi, ke menara aku pergi, ke tempat orang aku jelajahi. Masih mencari. Aku bertuah berpijak dibumiMU, aku bertuah dengan adanya keluargaku, aku bertuah kerana dikurniakan sahabat handai dan aku bertuah dengan keadaan sekeliling aku. Alhamdulillah.

Kehidupanku banyak bertahan kerana::

My lovely parents i ever have and never be replace.

Alhamdulillah. Aku bertuah. Aku hargai setiap apa yang aku miliki. Aku sayang mereka.
Thank you Allah SWT
Assalamualaikum.

*until we meet again, insyaAllah.
Guide me as a friend :)